JANGAN TANYA SOALAN MACAM NI DEKAT HR MASA INTERVIEW

 

Soalan :

 “Boleh saya tahu company ni business apa eh?”

Soalan macam ni nampak korang tak buat research tentang company yang korang apply tu. Sebelum datang interview korang kena lah buat research tentang company tu baru nampak yang korang bersungguh nak kerja di situ.

“Kalau saya kerja sini kena ot ke?”

Company minta korang ot kalau ada tugasan yang pending yang korang kena settlekan on time. Kalau korang tanya soalan yang macam ni nampak korang tak boleh nak ot untuk settlekan tugasan tu. So korang kena lah ot kalau ada tugasan yang pending tu.

 

INI CONTOH SOALAN YANG KORANG BOLEH TANYA MASA INTERVIEW.

Soalan :

“Boleh saya tahu apa ciri-ciri pekerja yang Encik cari?”

Soalan ni nampakkan korang berminat nak apply kerja dekat company tu. Nampak la yang korang nak memenuhi ciri-ciri untuk position yang korang apply tu. Ciri-ciri yang diinginkan oleh boss, korang kena amik tahu kalau korang nak diterima kerja dalam company tu.

“Macam mana Encik nilai kejayaan untuk position ini?”

HR akan rasa yang  korang memang nak jadi terbaik untuk position yang korang apply. Kejayaan penting dalam setiap perkara sebab kejayaan lah yang boleh menunjukkan perbezaan antara kita dengan yang lain. Soalan ni akan membuatkan korang Nampak macam seseorang yang bercita-cita tinggi! Kan bagus tu.

 

Dah terlepas tips-tips HR dari kami? Klik link di bawah :

RESUME YANG DIREJECT OLEH HR

MACAM MANA NAK CHECK KADAR CARUMAN KWSP?

PERBEZAAN RESUME DAN CV

JANGAN BUAT MACAM NI LEPAS HABIS INTERVIEW

CARA MENJAWAB ” WHAT IS YOUR EXPECTED SALARY?”

MACAM MAAN NAK JAWAB “PLEASE INTRODUCE YOURSELF”

DOKUMEN PENTING KORANG KENE BAWA PERGI TIME INTERVIEW

 



Biar kerja cari awak Drop Resume Box