Cara Menjawab “What is Your Expected Salary?”

Ni soalan favourite HR selalu tanya so jom study macam mana nak jawab soalan ni!

  1. Buat research berapa purata gaji korang di pasaran.

Kalau korang buat research pasal purata gaji kerja yang korang apply, korang berkemungkinan untuk dapat tawaran gaji yang lebih tinggi berbanding dengan apa yang korang dapat sebelum ini. Korang boleh berunding untuk mendapatkan gaji yang tinggi kalau korang tahu nilai korang dalam pasaran kerja sekarang. Korang berhak tolak tawaran kerja jika purata gaji yang ditawarkan tidak setaraf dengan nilai pasaran kerja korang.

  1. Berkongsi tentang kelebihan diri korang yang unik.

Yakinkan HR tentang kebolehan yang korang ada untuk membantu syarikat mencapai matlamat jika korang diterima kerja kat syarikat. Kelebihan yang unik lebih menarik minat HR untuk ambil korang berkerja.

  1. Berkongsi pengalaman kerja korang.

Majikan lebih tertarik dengan pekerja yang mempunyai pengalaman kerja yang banyak. Korang boleh minta untuk mendapatkan gaji yang tinggi kerana pengalaman kerja yang banyak.

  1. Negotiate

Korang boleh demand gaji korang tu, tapi jangan lupa untuk negotiate/berbincang dengan HR berapa yang diorang offer. Kalau korang terbuka untuk negotiate, HR akan lebih respect keputusan korang.

Jawapan Contoh:

  1. “Saya rasa saya layak dapat gaji sebanyak RM3000 sebab saya ada banyak pengalaman kerja. Saya juga berjaya naikkan sale company lama saya sebanyak 50%. Oleh itu, saya yakin saya juga boleh naikkan syarikat ini kalau saya diterima kerja disini.”
  2. “Saya layak terima gaji sebanyak RM2800 sebab saya dah menerima banyak anugerah di syarikat lama. Saya mendapat anugerah pencapaian terbaik dalam mencapai matlamat syarikat. Saya pasti yang saya juga boleh membantu syarikat ini dalam mencapai matlamat yang ditentukan.”

 

NAK CARI KERJA? NAK KERJA EXECUTIVE & NON-EXECUTIVE? NAK KERJA SINGAPORE? :

KERJA BARU



Biar kerja cari awak Drop Resume Box