Macam Mana Nak Jawab “Please Introduce Yourself”

  1. Korang takkan boleh lari dengan soalan ni tau. Ni soalan wajib HR akan tanya korang.Tapi korang jangan jawab macam ni:
    1. Ulang Balik Yang Ada Dalam Resume

    Soalan ditanya sebab nak tengok cara korang menjawab. Elakkan cerita nama penuh, umur, bilangan adik-beradik.

    “Nama saya Mohd Ali Bin Ahmad. Umur saya 24 tahun. Saya anak yang ketiga dari lima orang adik beradik. Saya seorang yang penyayang. Saya ada dua ekor kucing”

    Bro, please stop!

    1. Cerita Hobi Yang Tak Berkaitan Dengan Jawatan

    Hobi tak dapat impress panel jika tak berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Hobi yang berkaitan dengan jawatan boleh membuatkan panel yakin yang korang layak menerima jawatan yang dipohon.

    Bro, HR don’t need to know your private life.

    Cara Jawab yang Betul Jawab “Please Introduce Yourself”

    1. Kelebihan dan Kemahiran

    Ceritakan kelebihan dan kemahiran berdasarkan pengalaman yang korang ada. Contohnya,

    “Saya dah bekerja sebagai sales manager selama 5 tahun di Johor Bahru. Berdasarkan pengalaman yang saya ada semasa di company lama, saya dapat pelajari kepentingan bekerja dan mencapai kejayaan dalam satu pasukan. Saya juga telah meningkatkan sales company tersebut. Saya percaya dengan pengalaman yang saya ada boleh meningkatkan juga matlamat di syarikat ini.”

    “Saya seorang eksekutif pemasaran. Saya juga ada pengalaman yang lama dalam pasaran semasa bekerja dengan CityRecruit. Saya seorang yang bekerja keras dan boleh bekerja di dalam kumpulan untuk menguruskan beberapa tugas yang mencabar.”

    Tapi hati-hati jangan sampai riak pulak!

    1. Tak Payah Cerita Lebih Mengenai Diri

    Semasa soalan ini ditanya, panel sebenarnya sedang melihat resume yang korang bagi. Jadi tak perlu bercerita terlampau banyak tentang diri korang. Cerita secara ringkas sahaja. “Short and sweet” orang Johor kata.

     

Kalau korang baru lepas Fresh Grad atau tengah nak cari kerja boleh apply di KERJA BARU 2023



Biar kerja cari awak Drop Resume Box