Pengeluaran & Pemindahan Akaun 3 KWSP

Mulai 11 Mei 2024, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Jadi apa fungsi ketiga-tiga akaun ini? Akaun Persaraan (Akaun 1) masih berfungsi sebagai tabungan persaraan ahli. Ia tidak boleh dikeluarkan sehingga umur perasaraan (55 tahun) dan bertujuan untuk menjamin masa depan ahli selepas bersara.

Manakala Akaun Sejahtera (Akaun 2) digunakan untuk tujuan pengeluaran sebelum persaraan seperti pembelian rumah, perubatan dan pendidikan. Ahli boleh membuat pengeluaran tertentu mengikut keperluan yang dibenarkan.

Akaun Fleksibiliti merupakan akaun baharu yang diperkenalkan bertujuan memberikan kebebasan kepada ahli. Maksudnya, ahli boleh membuat pengeluaran pada bila bila masa dalam pelbagai tujuan seperti kecemasan, pelaburan dan sebagainya.

Jadi bagaimana pula dengan jumlah caruman yang akan diperuntukkan bagi ketiga akaun tersebut? Selepas berkuatkuasa, 75% akan ke Akaun Persaraan, 15% ke dalam Akaun Sejahtera dan 10% ke dalam Akaun Fleksibel.

Selain itu, ahli juga diberi kebebasan antara 11 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024 untuk memindakan sebahagian duit dari Akaun Sejahtera mereka ke Akaun fleksibel sebagai amaun permulaan. Sekiranya ahli tidak membuat pilihan, maka tiada sebarang pindahan yang akan dibuat.

Secara ringkasnya, penstrukturan semula ini bertujuan untuk memberi lebih banyak kebebasan kepada ahli untuk menguruskan kewangan mereka sendiri dan dalam masa yang sama masih mempunyai simpanan untuk hari tua. Korang yang masih mencari kerja kolar biru boleh ke job portal kita! Kat situ ada banyak kerja kosong kilang, kerja kosong lepasan spm dan kerja kosong cashier yang boleh bantu simpanan KWSP korang



Biar kerja cari awak Drop Resume Box