- July 6, 2023
- Posted by: cityrecruit
- Category: Blog
No Comments
KUALA LUMPUR: Inisiatif sendiri yang digerakkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah berjaya menarik minat lebih ramai golongan pekerja untuk membuat caruman.
Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata, langkah itu juga telah membawa kepada peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Bagaimanapun Nurhisham berpendapat, reformasi terhadap sistem perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi mendapatkan liputan yang lebih meluas terhadap usaha positif itu.
“Buat masa ini kita buat secara sukarela, KWSP perlu keluar dan pasarkan kepada golongan terlibat dan menjelaskan tentang kebaikan mencarum.
Mengulas lanjut, beliau turut berkata, faktor ketidaktentuan ekonomi juga antara yang menjadi punca ramai pihak yang masih tidak mampu untuk mencarum.
Ini termasuk aspek kadar pembayaran gaji yang masih lagi dilihat rendah sekali gus mengakibatkan golongan berkenaan tidak mempunyai wang berlebihan untuk menyimpan.
“Kita boleh menggubal skim KWSP supaya ia lebih menarik kepada pencarum sukarela dan kita boleh usaha untuk memasukan golongan pekerja tidak formal ini di bawah Akta KWSP.
“Tetapi kita juga perlu melihat penstrukturan ekonomi dan perkara itu bukan di bawah kuasa KWSP kerana masalah asasnya ialah gaji rendah… kalau gaji rendah memang tidak boleh simpan.
“Kalau kita boleh menggubal sistem ekonomi yang lebih baik, pemberian gaji yang lebih tinggi ini mampu memanfaatkan lagi sistem perlindungan sosial kerana sumbernya (wang) masih ada,” katanya lagi.