Duit Forex “Individu” Cuci Tangan Boleh ke?

Seorang individu berhasrat mahu bersedekah kepada golongan fakir miskin menggunakan duit pelaburan Forex.

Individu itu bagaimanapun mendapatkan pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terlebih dahulu sebelum meneruskan usaha murninya untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Saya ingin bertanya hukum jika saya berniat untuk bersedekah menggunakan sumber daripada Trading Forex Online. Sebagaimana kita maklum, hukum Trading Forex adalah haram dan saya telah meninggalkan kerja ini sekian lama setelah hukumnya telah diwartakan di Malaysia.

“Namun, saya berfikiran bahawa adalah suatu kerugian jika kebolehan saya untuk memperoleh sumber kewangan daripada Forex Trading yang agak banyak tidak dimanfaatkan kepada fakir miskin di sekitar kawasan kediaman dan negeri saya.

“Jadi terlebih dahulu saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak tuan berkenaan hukum untuk niat saya ini,” ujarnya.

Ringkasan jawapan

Menurut laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menjalankan trading Forex untuk tujuan bersedekah adalah haram.

 

Dapatkan info berita selanjutnya hanya klik Berita Terkini Hanya Di CityRecruit



Biar kerja cari awak Drop Resume Box