‘Sexting’, ‘sayang’ atau ‘dear’ panggilan untuk rakan perkerja boleh dikategorikan gangguan seksual

Menurut surat bertarikh 7 April lalu, ucapan ‘baby’ dan ‘dear’ oleh mana-mana pegawai awam yang mengganggu mangsa dikategorikan sebagai kesalahan gangguan seksual secara lisan kecuali menghantar email menggunakan ayat “dear”.

Tindakan menyentuh, memegang, raba, cium, cubit, usap, peluk, merapati dan seumpamanya oleh penjawat awam pula adalah kesalahan gangguan seksual secara fizikal.

Penjawat awam juga dianggap melakukan gangguan seksual visual jika menghantar gambar tidak senonoh serta mesej berbaur seks atau ‘sexting’ menerusi platform seperti WhatsApp dan seumpamanya.

Ketika membuat aduan, mangsa perlu memaklumkan kesan akibat gangguan terbabit secara terperinci seperti menyebabkan fikiran terganggu, perasaan kurang senang, rasa terhina dan sebagainya.

Biar kerja cari awak Drop Resume Box