- June 18, 2023
- Posted by: cityrecruit
- Category: Blog
PETALING JAYA: Lebih 1,000 pencari kerja pelbagai lapisan umur menghadiri temu duga terbuka pelbagai jawatan termasuklah dalam bidang IT, jualan dan operasi tambahan di Cyberjaya, pada hari semalam.
Walaupun sesi temuduga berlangsung pada jam 12 tengah hari, namun orang ramai membanjiri perkarangan pejabat Cyberview Sdn Bhd di Cyber 8, Persiaran Apec, seawal jam 10.30 pagi. Sesi temu bual akan diadakan 12 tengahari hingga pukul 4 petang.
Terdapat pengguna Tiktok dan Twitter telah membuat naik video berdurasi 14 saat menunjukkan ramai pencari kerja beratur panjang di sekitar bangunan ibu pejabat Tesla .
“Tesla Malaysia ada ‘walk in interview’ harini. ‘Interview’ pukul 12 tapi seawal 10.30 pagi pun orang dah beratur seperti kilang elektrik yang viral baru-baru ini.
Ramai yang mengharapkan penantian pencari kerja di Tesla itu tidak sia-sia memandangkan kuota jawatan kosong hanya terhad kepada 50 orang sahaja.
Untuk rekod, Tesla menawarkan jawatan kosong antaranya penasihat jualan, penasihat jualan perusahaan, penasihat penghantaran, pakar sokongan pelanggan dan penasihat servis, serta dibuka sejak April lalu.
Tips-tips persiapan yang ada perlu ada untuk menghadari temuduga syarikat yang ternama adalah :
- Pastikan anda sampai lebih awal 2 jam dari masa yang diberi sepatutnya, ini kerana walaupun jankaan masa akan habis sehingga pukul 4 petang, syarikat itu boleh membatalkan sesi “interview” pada yang datang selepas pukul 12 tengahari. Dalam keadaan yang agak ramai orang tidak semua dapat dipilih.
- Pastikan pakaian anda lengkap dan profesional, jangan lupa pakai pewangi sekali. Jangan lupa bawak payung sekali kerana jika kalau ramai yang beratur, awak standby sahaja la kepanasan terik tu.
- Sambil-sambil tu bawak makanan ringan sekali untuk alas perut semasa beratur panjang.
- Sediakan dokumen dengan cukup! walaupun anda sudah hantar dan upload di online, sediakan hardcopy dokumen-dokumen penting.
- Terakhir sekali, bersiap sedia dan jawab dengan tenang tentang pengalaman anda untuk menyeselesaika maksalah-maksalah dalam pekerjaan anda sebelum ini, mereka nak tengok pengalaman anda dalam bidang perkerjaan yang anda pilih.
Untuk tips-tips yang lebih lanjut, berita terkini dan teknik-teknik memohon kerja anda boleh KLIK LINK DI SINI